Ramadhan Banner
Ramadhan Banner
Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

← Back to list

Tindakan Tegas ke Atas Individu Hadir Himpunan Solidariti

Jan 06, 2025


Tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana individu yang menyertai Himpunan Solidariti Datuk Seri Najib Razak di Istana Kehakiman hari ini!  

Tegas polis Putrajaya, ia melanggar undang-undang kerana tidak dapat kebenaran ekoran tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam Akta Perhimpunan Aman.  

Justeru pihaknya melaksanakan sekatan jalan raya di jalan-jalan masuk ke Putrajaya dan melakukan pemeriksaan ketat ke atas semua yang memasuki kawasan itu. 

Hari ini Mahkamah Rayuan akan dengar rayuan Datuk Seri Najib Razak berhubung penolakan permohonan untuk jalani baki hukuman penjara 6 tahun di bawah tahanan rumah. 

Ia berdasarkan dakwaan bekas Perdana Menteri itu mengenai kewujudan Titah Adendum menyokong permohonan tersebut. 

---  

Tiada tolak ansur terhadap sebarang bentuk penganiayaan termasuk budaya buli atau ragging dalam institusi ketenteraan di bawah Kementerian Pertahanan. 

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tegaskan demikian ekoran dakwaan mengenai kejadian buli atau ragging keterlaluan membabitkan pelajar institusi ketenteraan di ibu kota.  

Seorang Ahli Parlimen mendakwa kejadian itu berlaku sehingga membahayakan nyawa, dan ibu bapa dihalang mendedahkan kebenaran. 

--- 

Pelajar yang ingin melanjutkan pengajian dalam bidang TVET namun tiada sijil SPM boleh mohon menggunakan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia untuk beri peluang ke-2 kepada golongan berkenaan. 

Untuk rekod lebih 10,000 pelajar tidak menduduki peperiksaan SPM pada 2023 dan 2024.  

--- 

Israel akhirnya sahkan penahanan Pengarah Hospital Kamal Adwan, Dr Hussam Abu Safiya 10 hari selepas beliau diculik dalam serbuan ganas ke atas kemudahan perubatan di utara Gaza.  

Rejim zionis beri alasan Dr Abu Safiya sedang disoal siasat tanpa menjelaskan tuduhan yang kononnya mengaitkan beliau dengan pejuang Hamas. 

Sementara itu pemerhati hak asasi manusia, Euro-Med mendedahkan mereka terima maklumat tahap kesihatan Dr Abu Safiya yang cedera parah semakin merosot akibat diseksa dengan teruk.  

Ketika ini juga tular gerakan dan kempen global serta di media sosial mendesak Israel membebaskan segera pakar perubatan terkemuka itu. 


Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!

Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Jumaat

7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm

Sabtu - Ahad

9:00am, 11:00am, 1:00pm

Cuaca

 
ads-with-us ads-with-us ads-with-us