← Back to list
KPM Ambil Serius Semua Aduan Buli
Jan 02, 2025
KPM Ambil Serius Semua Aduan Buli
Kementerian Pendidikan tidak akan berkompromi dan sentiasa mengambil serius terhadap semua aduan buli.
Menterinya, Fadhlina Sidek berkata selain melaporkannya kepada polis dan sekolah, ia juga boleh disalurkan menerusi portal Aduan Buli yang disediakan KPM.
Beliau turut minta pihak sekolah untuk tidak merahsiakan kejadian buli tersebut dan ikuti garis panduan mengendalikan kes buli yang telah dikeluarkan pihaknya.
KPM dalam pada itu sedang siasat kes buli ala komando yang didakwa berlaku di sebuah sekolah berasrama penuh di KL, baru-baru ini.
SPRM akan jalankan siasatan terhadap kakitangan PUSPAKOM
SPRM akan siasat kakitangan PUSPAKOM yang didakwa terbabit dalam meluluskan kenderaan tidak selamat.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata siasatan pihaknya akan dimulakan sebaik sahaja JPJ selesai menjalankan siasatan mereka.
Terdahulu Menteri Pengangkutan umum akan bekerjasama dengan SPRM untuk tangani isu integriti dalam perkhidmatan pemeriksaan kenderaan di Puspakom.
Stesen LRT KLCC laluan Kelana Jaya ditutup sementara
Stesen LRT KLCC laluan Kelana Jaya ditutup sementara dan tren tidak akan berhenti di stesen tersebut.
Rapid KL berkata sebagai alternatif, penumpang boleh menaiki tren laluan MRT Putrajaya dari Persiaran KLCC dan Ampang Park.
Ia susulan kebakaran di laluan bawah stesen LRT berkenaan dan bomba KL sahkan api telah berjaya dipadam serta tiada mangsa yang terlibat dalam kejadian itu.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca