← Back to list
Lebih 2 Ribu Rakyat Malaysia Ditahan Di Lebih 50 Negara Atas Pelbagai Kesalahan
Dec 20, 2024
Kira-kira 2,200 rakyat Malaysia ditahan di lebih 50 negara atas pelbagai kesalahan dari Januari hingga November 2024.
Wisma Putra berkata kerajaan sentiasa pastikan hak dan kebajikan mereka dijaga melalui bantuan konsular seperti lawatan berkala, bantuan guaman dan pemindahan wang.
Tambahnya, Malaysia telah meterai Perjanjian Pemindahan Antarabangsa Banduan dengan Brunei, Iran dan Ukraine untuk bolehkan tahanan jalani baki hukuman di negara asal.
Pihaknya turut nasihatkan rakyat Malaysia yang melancong supaya faham undang-undang negara asing untuk elak sebarang masalah.
.....
Sementara itu, dua rakyat Malaysia yang dihantar pulang ke tanah air selepas ditahan di Kem Guantanamo, Cuba selama 18 tahun akan jalani pelan integrasi komprehensif.
Kementerian Dalam Negeri berkata usaha itu untuk pastikan pemulihan individu berkenaan dan bantu mereka menyesuaikan diri dengan masyarakat.
Mereka sebelum ini didakwa terlibat dalam kumpulan militan Jemaah Islamiah dan Al-Qaeda, termasuk insiden pengeboman Bali 2002.
.....
Pusat Respons Penipuan Kebangsaan terima kira-kira 22 ribu kes penipuan melibatkan kerugian lebih 140 juta ringgit setakat September 2024.
.....
Seorang guru taska yang terbabit kes mengasari dan mendera seorang bayi lelaki berusia 11 bulan akan didakwa di Mahkamah Sesyen Klang, Selangor hari ini.
.....
Dan Tabung Haji telah buka permohonan rayuan haji 2025 menerusi aplikasi dan laman sesawang THiJARI hingga 31 Januari ini untuk elak proses rayuan itu buat pada saat akhir.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca