← Back to list
Kesalahan merokok: Tok Mat mohon maaf, akan bayar kompaun
Dec 18, 2024
Datuk Seri Mohamad Hasan mohon maaf atas kesalahan merokok di sebuah restoran seperti yang tular dalam media sosial.
Menteri Luar Negeri itu juga berkata beliau telah menerima notis kesalahan daripada Pegawai Kesihatan Daerah Seremban Kementerian Kesihatan Malaysia.
Baru-baru ini tular di media sosial beberapa gambar Ahli Parlimen Rembau itu didakwa menghisap rokok di sebuah restoran difahamkan di Negeri Sembilan.
Terdahulu, Menteri Kesihatan tegaskan tiada sesiapa pun terlepas daripada undang-undang Akta Kawalan Produk Merokok demi Kesihatan Awam 2024 jika merokok dalam restoran.
__
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan beri jaminan harga sayur-sayuran di pasaran tempatan dijangka kembali stabil selepas berakhirnya Monsun Timur Laut.
Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata cuaca tidak menentu kini menyebabkan harga jualan meningkat susulan bekalan sayur berkurangan.
Monsun Timur Laut yang kini melanda negara dijangka berterusan sehingga Mac tahun depan.
__
Seorang lelaki mengaku bersalah membunuh seorang wanita yang mayatnya ditemui reput di Kuching, Ahad lalu
Polis Sarawak berkata suspek merompak dan membnunuh mangsa kerana terdesak perlukan wang untuk menyaksikan perlawanan bolasepak Malaysia-Kemboja di Phnom Penh.
__
Dan, kumpulan trio adik-beradik popular KRU bakal kembali menerusi konsert mega berskala besar di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 3 Mei tahun depan.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca