← Back to list
Dewan Negara Luluskan Dua RUU Tangani Buli
Dec 17, 2024
Dewan Negara luluskan pindaan Kanun Keseksaan dan Kanun Tatacara Jenayah 2024 untuk tangani segala bentuk buli.
Ini termasuk Fasal Esha yang diperkenalkan untuk hukum pesalah yang timbulkan ancaman bahaya kepada mangsa termasuk ugutan, hinaan dan fitnah.
Pindaan itu juga akan mudahkan PDRM siasat dan dakwa pelaku termasuk ketetapan waran tangkap, jaminan, kompaun, dan hukuman maksimum bagi kesalahan jenayah buli.
.....
Kerajaan secara puratanya akan belanjakan 64 ringgit sehari bagi setiap peserta PLKN 3.0 yang bermula bulan depan.
Kementerian Pertahanan berkata kos itu merangkumi perbelanjaan untuk makan dan minum, penginapan dan keperluan lain sepanjang tempoh latihan itu dilaksanakan.
.....
Selangor akan salurkan sumbangan 500 ribu ringgit kepada kerajaan Kelantan sebagai bantuan sokongan susulan banjir bulan lepas.
Pihaknya berkata perkara itu akan dibawa ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri esok untuk dimuktamadkan.
.....
Dalam perkembangan lain, Terengganu dijangka dilanda banjir gelombang ketiga hari ini susulan fenomena air pasang besar dan hujan lebat berterusan yang diramal sehingga Khamis ini.
.....
Sementara itu, kira-kira 110 mangsa banjir direkodkan di Sabah dan Johor ketika ini yang masih berlindung di PPS di negeri masing-masing.
.....
Dan Kementerian Komunikasi berkata Malaysia rekodkan kerugian kira-kira 1.2 bilion ringgit bagi Januari hingga 1 Disember lalu akibat aktiviti penipuan dalam talian.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca