← Back to list
Bayaran Haji 2025 naik 20%, bantuan kerajaan diteruskan
Dec 16, 2024
Tabung Haji akan meneruskan bantuan kewangan haji secara bersasar kepada bakal jemaah haji Muassasah yang pertama kali menunaikan haji.
Pengarah Urusan Kumpulan Lembaga Tabung Haji, Tuan Syed Hamadah berkata bantuan berkenaan dianggarkan bernilai lebih RM200 juta.
Tambahnya, bakal haji Muassasah kumpulan M40 pula akan terima Bantuan Kewangan Haji berjumlah RM9,800 setiap seorang.
__
Sementara itu, Kerajaan Arab Saudi masih belum beri jawapan berhubung tambahan kuota haji untuk jemaah Malaysia bagi musim haji 2025.
Pengarah Urusan Kumpulan Lembaga Tabung Haji berkata pihaknya sentiasa memohon setiap tahun bagi membolehkan lebih ramai jemaah tanah air mengerjakan ibadah itu.
Tuan Syed Hamadah Syed Othman menambah surat tawaran haji kepada lebih 30,000 bakal jemaah bagi musim depan akan dikeluarkan secara berperingkat mulai hari ini.
__
Dan, polis sudah merakam keterangan seramai lima orang bagi bantu siasatan jenazah bayi lelaki disimpan dua minggu di hospital swasta di Klang baru-baru ini.
Ketua Polis Selangor berkata ia termasuk ibu bapa bayi, dua doktor dan rakan kepada pasangan yang menghantar wanita itu ke hospital.
Pihaknya juga sedang menyemak dengan Jabatan Agama Islam bagi mendapatkan bukti pernikahan ibu bapa kepada bayi terbabit.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca