← Back to list
Isu Belia Dan Rasuah Di Malaysia Semakin Serius
Dec 16, 2024
SPRM dedahkan aktiviti rasuah dalam kalangan golongan belia di negara ini semakin membimbangkan.
Ini susulan statistik menunjukkan lebih 2 ribu belia berumur antara 16 dan 40 tahun telah ditahan atas pelbagai kesalahan rasuah sejak 2020.
Pihaknya tegaskan masalah sosial itu perlu dibendung segera supaya tidak dinormalisasikan dalam kehidupan.
.....
Jabatan Pengairan dan Saliran berkata lebih 30 kampung yang terletak berhampiran di beberapa sungai di Kuala Krai dijangka alami banjir bermula esok hingga Rabu ini.
Ini susulan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dikeluarkan Met Malaysia di beberapa kawasan di Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang bermula esok.
.....
Dalam pada itu, kira-kira 40 mangsa banjir direkodkan di Johor dan Pahang yang masih berlindung di PPS di negeri masing-masing.
.....
Kerajaan kekalkan kadar elaun 8 ringgit sehari kepada peserta PLKN 3.0 yang akan bermula Januari depan.
.....
Menteri Agama berkata modul silibus bagi pemulihan akidah pengikut GISB yang dibangunkan oleh jawatankuasa khas telah disiapkan.
.....
Dan sekolah-sekolah di Damsyik, Syria dilaporkan dibuka semula kepada pelajar semalam, seminggu selepas kejatuhan kerajaan di bawah pimpinan Presiden Bashar al-Assad.
Terdahulu, Bashar Al Assad meletak jawatannya sebagai Presiden dan meninggalkan Syria selepas digulingkan pasukan pemberontak.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca