Ramadhan Banner
Ramadhan Banner
Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

← Back to list

Dewan Rakyat Lulus Fasal Esha Bagi Tangani Buli Siber

Dec 11, 2024


Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Pindaan Kanun Keseksaan yang antaranya bertujuan tangani secara khusus isu buli dinamakan Fasal Esha.

Ujar Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, ia meliputi segala bentuk atau kaedah termasuk buli secara dalam talian. 

Ia bertujuan menjadikan suatu kesalahan bagi mana-mana orang dalam apa-apa cara yang menggunakan perkataan atau komunikasi mengugut, menghina atau mencela dengan niat memprovokasi seseorang dan menyebabkan kemudaratan kepada dirinya atau kepada orang lain. 

Ia memperuntukkan hukuman penjara bagi suatu tempoh yang boleh dilanjutkan hingga setahun atau denda atau kedua-duanya.

Jika orang diprovokasi cuba membunuh diri atau membunuh diri akibat provokasi itu, hukumannya ialah pemenjaraan bagi suatu tempoh yang boleh dilanjutkan hingga 10 tahun atau denda atau kedua-duanya.

Julai lalu seorang pempengaruh media sosiol, mendiang Esha ditemui mati dilapor kerana membunuh diri ekoran jadi mangsa buli siber. 

Susulan itu, seorang wanita didenda RM100 ringgit manakala seorang lelaki dihukum penjara 12 bulan kerana didapati membuli mangsa di alam maya. 

Ia mendatangkan kemarahan warga maya dan orang ramai yang anggap hukuman yang diterima tidak setimpal seterusnya membawa kepada RUU pindaan yang dinamakan Fasal Esha. 

Dalam perkembangan berkaitan, Datuk Seri Azalina turut menegaskan perlunya pendidikan untuk benteras budaya buli di samping undang-undang yang jelas. 

Ia penting bagi memastikan semua individu sejak usia kanak-kanak faham bahawa buli bukanlah guruan. 

Terdahulu, Kementerian Pendidikan mendedahkan jumlah kes buli di sekolah terus melonjak tahun ini berbanding 2 tahun lalu dengan hampir 5,000 kes direkodkan setakat Oktober.  

--- 

Pengelasan golongan rakyat khususnya berpendapatan paling tinggi atau T15 untuk penyasaran subsidi petrol RON95 akan diumumkan pada pertengahan 2025. 

Menurut Kementerian Ekonomi, ia akan beri ruang kepada mereka yang belum daftar dalam sistem PADU untuk berbuat demikian, dan yang tidak layak untuk buat rayuan. 

--- 

Kementerian Luar sahkan kepada Kosmo, semua penuntut Malaysia di Syria selamat dan ditempatkan di kampus masing-masing. 

Terdahulu, media melaporkan kumpulan pemberontak Syria berjaya tawan ibu kota, Damsyik sekali gus mengumumkan kejatuhan kerajaan pimpinan Bashar al-Assad. 


Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!

Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Jumaat

7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm

Sabtu - Ahad

9:00am, 11:00am, 1:00pm

Cuaca

 
ads-with-us ads-with-us ads-with-us