← Back to list
Sultan Pahang Berharap 'Vape' Diharamkan Sepenuhnya
Nov 19, 2024
Sultan Pahang berharap agar penggunaan rokok elektronik atau vape terutamanya libatkan golongan muda diharamkan sepenuhnya.
Ini susulan lebih 50 peratus individu yang terlibat dengan dadah di negeri berkenaan berusia dalam lingkungan 15 hingga 30 tahun.
Baginda bertitah semua pihak khususnya ibu bapa perlu mengawasi anak-anak mereka untuk memerangi masalah berkenaan.
.....
Dalam perkembangan berkaitan, Persatuan Pengguna Pulau Pinang berharap Kementerian Kesihatan dapat melaksanakan titah berkenaan.
Pihaknya berkata tindakan itu harus dilakukan bagi mengekang ketagihan dadah dalam generasi yang akan datang.
.....
FOMCA maklumkan trend penipuan melibatkan ejen rumah sewa palsu semakin meningkat di negara ini.
Pihaknya nasihatkan orang ramai supaya lakukan pembayaran melalui akaun rasmi agensi dan hanya berurusan dengan ejen berdaftar serta bertauliah.
.....
Seorang pelajar perempuan tingkatan dua maut selepas terjatuh dari tingkat lapan sebuah sekolah menengah di Georgetown, Pulau Pinang.
.....
Polis sedang buru empat lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian samun bersenjata di sebuah premis membeli hasil sawit di Bukit Selambau, Kedah.
.....
Dalam pada itu, polis tegaskan rakyat Malaysia yang gunakan laluan haram untuk keluar masuk ke Thailand akan ditahan pihak berkuasa bermula 1 Disember depan.
.....
Dan kira-kira 3 ribu peluang pekerjaan pelbagai jawatan akan ditawarkan pada program Dua Tahun Kerajaan MADANI di KLCC pada 22 hingga 24 November ini.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca