← Back to list
Kemaskini Terbaru Amaran Hujan Berterusan
Nov 18, 2024
MetMalaysia mengeluarkan kemaskini terbaru berhubung amaran hujan berterusan tahap waspada hingga buruk yang kini meningkat kepada 6 negeri.
Ia melibatkan sejumlah besar kawasan di Pahang, Kelantan, Terengganu, Johor dan Melaka serta beberapa kawasan di Negeri Sembilan dan ia bermula esok hingga Sabtu.
Justeru orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa rujuk laman-laman sosial rasmi MetMalaysia atau aplikasi myCuaca bagi maklumat yang sahih dan terkini.
---
Mahkamah Rayuan memerintahkan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isteri untuk membela diri.
Ia berhubung 3 tuduhan rasuah RM2.8 juta berkaitan pelaburan Felcra.
Keputusan dibuat oleh panel 3 hakim Mahkamah Rayuan susulan rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi KL yang membebaskan mereka September lalu.
---
Jawatankuasa bersama membabitkan JAKIM dan PDRM sedang kenal pasti semua entiti perniagaan yang dikaitkan dengan GISB di dalam mahu pun luar negara.
Ujar Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar, ia untuk kesan lebih banyak maklumat berkaitan kumpulan tersebut.
Sabtu lalu, PDRM memaklumkan jawatankuasa khas sudah kenal pasti 69 premis milik GISB di 15 buah negara bernilai lebih RM52 juta.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca