Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

← Back to list

6 Anggota MALBATT Cedera Di Lubnan

Nov 08, 2024


6 Anggota MALBATT Cedera Di Lubnan

6 anggota MALBATT cedera dalam insiden letupan yang berlaku di Lubnan, semalam.

Menurut ATM, insiden berlaku berdekatan Stadium Saida ketika pergerakan anggota tersebut dari Beirut ke Kem Marakah.

Anggota yang cedera katanya telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Jelasnya, letupan hasil serangan Israel itu menyasarkan sebuah kenderaan awam lain namun turut mengakibatkan kerosakan pada sebuah bas yang membawa anggota MALBATT.

ATM akan terus pantau situasi itu dan akan memaklumkan sebarang perkembangan dari semasa ke semasa.

 

Warden ditambah di UPNM

Kawalan keselamatan di UPNM akan ditambah baik antaranya dengan menambah bilangan warden di universiti berkenaan.

Timbalan Menteri Pertahanan berkata ia antara langkah yang diambil dalam usaha membendung insiden buli dalam kalangan pelajar daripada berulang pada masa depan.

Jelas Adly Zahari, pihaknya tidak akan bertolak ansur dengan sebarang insiden buli yang berlaku di UPNM dan tindakan sewajarnya akan diambil mengikut peraturan yang ditetapkan.

Terdahulu, kes seorang pegawai kadet UPNM yang dibuli senior hingga meninggalkan kesan lecur akibat ditekap seterika, viral di media sosial.

 

Dakwaan 1.2 juta pelancong rakyat China tidak keluar semula dari Malaysia tidak benar

Menteri Dalam Negeri nafi dakwaan kononnya 1.2 juta pelancong rakyat China masuk ke Malaysia dan tidak keluar semula.

Beliau sebaliknya menjelaskan jumlah pelancong republik itu dengan pas lawatan sosial yang masih berada dalam negara ini adalah kira-kira 84,000 orang.

Datuk Seri Saifuddin turut nafi dakwaan 1.2 juta warga China tersebut diberikan kerakyatan Malaysia sebaliknya mereka yang diberikan kewarnegaraan ialah 103 orang sejak 2013.

 

 


Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!

Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Jumaat

7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm

Sabtu - Ahad

9:00am, 11:00am, 1:00pm

Cuaca