← Back to list
Penyasaran Subsidi RON95: Kerajaan Pertimbang Guna Pangkalan Data Kad Pengenalan, E-Dompet & Kad Debit
Oct 22, 2024
Kerajaan sedang pertimbang untuk guna pangkalan data yang dihubungkan dengan kad pengenalan, e-dompet dan kad debit sebagai sebahagian daripada mekanisme penyasaran subsidi RON95.
Ketua Setiausaha Perbendaharaan berkata langkah itu penting bagi memastikan kerajaan dapat mewujudkan mekanisme yang dapat kurangkan ketirisan subsidi berkenaan.
Tambah Datuk Johan Mahmood Merican, kerajaan kekal komited dalam memastikan rakyat terus mendapat manfaat daripada subsidi itu.
.....
Kementerian Kesihatan akan keluarkan Garis Panduan Pengurusan Buli di Tempat Kerja Bagi Anggota KKM.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata garis panduan itu untuk tingkatkan kesedaran petugas kesihatan berhubung isu buli di tempat kerja.
.....
Gaji minimum 1,700 ringgit yang diumumkan pada Belanjawan 2025 baru-baru ini adalah untuk mereka yang mempunyai kelayakan akademik rendah atau pekerjaan kemahiran rendah.
Menteri Sumber Manusia berkata mereka yang mempunyai kemahiran dan kelayakan lebih tinggi harus terima bayaran sewajarnya.
.....
Polis sedang kesan individu yang menyamar sebagai Timbalan Ketua Polis Negara di aplikasi WhatsApp yang menjemput pengguna sertai satu kumpulan sembang khas.
Pihaknya akan bertindak tegas dan menjalankan siasatan terhadap pemilik nombor berkenaan dan seru orang ramai agar berwaspada dengan aktiviti penipuan atas talian.
.....
Sementara itu, polis minta bantuan orang ramai untuk kesan seorang lelaki yang hilang di Bentong, Pahang sejak 11 Oktober lalu.
.....
Met Malaysia keluarkan amaran kuning susulan hujan berterusan dijangka melanda beberapa kawasan di Sabah dan Labuan pada esok sehingga Jumaat ini.
.....
Dan kira-kira 460 mangsa banjir direkodkan di Perak dan Selangor yang masih berlindung di PPS di negeri masing-masing.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca