← Back to list
Pasca Belanjawan 2025: MTUC Mohon Penjelasan
Oct 21, 2024
Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) sokong langkah kerajaan umum gaji minimum dinaikkan kepada 1,700 ringgit dalam Belanjawan 2025 baru-baru ini.
Setiausaha Agung MTUC, Kamarul Baharin Mansor, ia menandakan kerajaan ambil berat keluhan rakyat yang tertekan dengan kos sara hidup masa kini.
Namun jelasnya kadar itu masih jauh terbelakang berbanding syor Bank Negara Malaysia (BNM) dan UNICEF iaitu sepatutnya RM2,130 seperti pelarasan gaji minimum sektor kerajaan.
Pada masa sama MTUC berharap ada penjelasan mengenai formula kadar gaji minimum berkenaan.
Kesatuan itu turut berharap gaji minimum sektor swasta dinaikkan secara secara berperingkat hingga menyamai kadar baru gaji minimum penjawat awam nanti iaitu RM2,130.
Ia bagi meringankan bebas kos sara hidup petugas swasta sambil mendedahkan masih ada majikan tidak mematuhi kadar gaji minimum sekarang iaitu RM1,500.
Dalam perkembangan berkaitan, majikan diingatkan supaya tidak letak kadar gaji minimum baru RM1,700 sebulan sebagai gaji permulaan kepada pekerja di semua sektor terutama graduan.
Jelas Kementerian Sumber Manusia, gaji minimum itu merupakan gaji yang dibayar kepada pekerja asas dengan kelayakan akademik rendah termasuk sektor kotor, bahaya dan sukar (3D).
Sementara itu Kementerian Pengangkutan jamin tambang pengangkutan awam tidak akan naik meskipun berlaku peningkatan dalam kadar gaji minimum menjelang Februari depan.
Ini kerana kadar upah semasa kakitangan sektor itu sudahpun melebihi kadar gaji minimum baru 1,700 ringgit seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2025.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca