← Back to list
Inti Pati Belanjawan 2025
Oct 18, 2024
Antara inti pati penting & menarik dalam Belanjawan 2025:
-
Kadar gaji minimum di negara ini akan dinaikkan kepada RM1,700 bermula Februari tahun depan
-
Majikan yang melaksanakan aturan kerja fleksibel akan dapat potongan cukai tambahan 50 peratus ke atas kos pembangunan kapasiti dan perolehan perisian
-
Kerajaan rancang laksana penyasaran subsidi petrol RON95 pada pertengahan tahun depan
-
Kerajaan akan menambahbaik Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan yang mana cukai jualan tidak akan dikenakan ke atas barangan makanan asas yang digunakan rakyat
-
Kerajaan bercadang mengenakan sedikit kenaikan yuran bagi SBP dan IPTA kepada kumpulan pendapatan 15 peratus teratas
-
Semua UTC akan dibekalkan dengan Sistem Penggiliran (QMS) supaya rakyat dapat nombor giliran secara dalam talian
-
Ruang & bangunan kosong milik agensi kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dimanfaatkan untuk tujuan prasekolah,taska dan pusat latihan kemahiran
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca