← Back to list
Wajar Ada Insentif Cukai Keselamatan Siber
Oct 14, 2024
Kerajaan wajar beri pengecualian cukai bagi sektor keselamatan siber dalam Belanjawan 2025 nanti.
Ujar Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA), Encik Siraj Jalil, ia sejajar dengan keperluan pembangunan digital dalam semua sektor.
Ia memandangkan kos untuk keselamatan siber adalah mahal sambil tegaskan tegaskan ancaman dalam dunia siber sentiasa berubah dan berkembang.
Oleh itu jelas beliau, peruntukan yang wajar turut diperlukan berkaitan aspek pendidikan siber dari peringkat akar umbi termasuk bagi tangani jenayah melibatkan kecerdasan buatan (AI).
Perdana Menteri bakal membentangkan Belanjawan 2025 pada Jumaat ini.
---
Lebih 4,800 mangsa banjir kini berlindung di PPS di 6 negeri, sebahagian besar direkodkan di Kedah dan Perak.
Turut terjejas dengan bencana alam tersebut adalah Pahang, Johor, Melaka dan Selangor.
Sementara itu Persatuan Nelayan Kelantan jangka harga ikan segar naik 50 peratus sepanjang tempoh Monsun Timur Laut, bermula bulan depan.
Jelasnya kepada Harian Metro, ia ekoran berkurangan bekalan kerana nelayan tidak dapat turun ke laut.
---
Hasil penuh siasatan insiden lubang benam di Jalan Masjid India dan laporan penilaian geo teknikal di kawasan sekitarnya kini dalam peringkat akhir penelitian.
Menteri Wilayah Persekutuan, Dr Zaliha Mustafa berkata, kedua-dua laporan itu akan dibentang kepada Kabinet sebelum memutuskan untuk mendedahkannya kepada umum atau tidak.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca