← Back to list
Pemimpin Dan Pentadbir Pendidikan Disaran Kuasai Perkembangan AI
Oct 12, 2024
Menteri Dalam Negeri gesa pemimpin dan pentadbir pendidikan agar menguasai perkembangan teknologi baharu terutamanya AI.
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata ini untuk memastikan mereka tidak ketinggalan sekali gus dapat melahirkan pelajar yang lebih berdaya saing.
Tambahnya, pengetua, guru besar dan guru perlu sekurang-kurangnya memastikan pelajar mereka tahu mengenai istilah AI.
.....
Lebih 50 bas disediakan menerusi Program Transformasi Bas Berhenti-Henti di sekitar Kuching dengan peruntukan hampir 80 juta ringgit bagi tempoh lima tahun.
Kementerian Pengangkutan berkata program yang bakal bermula tahun hadapan itu turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti GPS dan mesra OKU.
.....
Kerajaan Pusat berkata projek tebatan banjir dan rawatan air di Kelantan sedang berjalan dan akan disiapkan mengikut perancangan.
.....
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia terima lebih 3 ribu aduan dan pertanyaan mengenai penipuan dan aktiviti tidak berlesen setakat suku ketiga 2024.
.....
Polis tumpaskan sindiket kereta yang dikenali Geng Siva dan tahan lima lelaki warga tempatan di Johor Bharu.
.....
Dan Lebih 3 ribu mangsa banjir direkodkan diseluruh negara ketika ini di sekitar Kedah, Perlis, Perak dan Johor.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca