← Back to list
Draf Kod Etika Pengendali Media Sosial Hampir Siap
Oct 09, 2024
Lebih 2,000 anggota dan pegawai polis Pahang akan terlibat dalam penugasan termasuk operasi menyelamat bagi hadapi Monsun Timur Laut (MTL)
Polis Pahang juga akan sentiasa pantau keadaan cuaca melalui MetMalaysia sebagai persediaan awal.
Terdahulu Timbalan Perdana Menteri beritahu, Malaysia dijangka berdepan Monsun Timur Laut lebih awal iaitu pada minggu ke-4 bulan ini.
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi juga maklumkan, MetMalaysia akan keluar amaran awal 5 hari sebelum berlaku taburan hujan melampau atau air pasang besar.
Sementara itu 6 negeri kini terjejas banjir melibatkan hampir 4,000 mangsa dengan Kedah catat angka tertinggi kira-kira 2,500 orang.
Dalam perkembangan berkaitan MetMalaysia ramal hampir semua negeri mengalami hujan lebat dan ribut petang sehingga 7 malam ini.
---
Draf pertama kod etika pengendali media sosial dijangka siap akhir bulan ini.
Menurut Kementerian Komunikasi, pengendali dijangka diberi masa 2 bulan untuk mendaftar dengan SKMM dan patuh peraturan yang diperkenalkan.
Katanya kepada Utusan Malaysia, kegagalan mematuhinya akan menyebabkan implikasi dan tindakan undang-undang.
Untuk rekod juga perkhidmatan media sosial dan pesanan internet yang mempunyai lebih 8 juta pengguna berdaftar di Malaysia perlu mohon lesen bermula 1 Januari depan.
Sementara itu, 14 negeri di Amerika Syarikat memfailkan saman menuduh TikTok menjerat pengguna muda dengan ciri ketagihan, menjejaskan fikiran dan langgar privasi mereka.
---
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan akan kaji langkah untuk tamatkan subsidi telur ayam jika bekalannya kembali pulih dan stabil.
Jelasnya, penjimatan kira-kira RM100 juta daripada subsidi itu dapat dimanfaatkan untuk membangunkan sektor agromakanan lain yang lebih mendesak.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca