← Back to list
Henti Subsidi Pendidikan Anak T20 Belum Muktamad
Oct 08, 2024
Kerajaan belum buat sebarang keputusan untuk menghentikan subsidi pendidikan anak golongan kaya.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia masih di peringkat penelitian kerana ada beberapa prinsip dan aspek perlu diambil kira.
Jelas beliau, ia lebih kompleks berbanding rasionalisasi dan subsidi bersasar yang dilaksanakan sebelum ini yang melibatkan tarif elektrik dan diesel.
Baru-baru ini, Perdana Menteri beri bayangan kerajaan mungkin menghentikan subsidi pendidikan bagi anak golongan kaya.
---
Tempoh reman 3 individu termasuk seorang pegawai kewangan GISB dilanjutkan lagi.
Mahkamah Majistret Shah Alam memaklumkan, ia bagi bantu siasatan mengikut Akta Kanak-kanak.
Awal bulan lalu polis lancar Op Global dan serbu rumah amal yang dikaitkan dengan GISB kerana disyaki terlibat kegiatan eksploitasi kanak-kanak serta agama.
Susulan itu lebih 570 mangsa diselamatkan dan hampir 360 pengikut GISB termasuk pengurusan tertinggi syarikat tersebut ditahan.
Sementara itu kerajaan Selangor tubuh pasukan khas bagi teliti program pemulihan khusus untuk kanak-kanak yang diselamatkan daripada rumah amal terbabit.
Ia bagi beri tumpuan kepada kaedah-kaedah pemulihan termasuk aspek kebajikan serta kesihatan mental dan fizikal anak-anak berkenaan.
---
Lebih 240 pemilik lesen memandu sudah daftar dalam program khas peralihan lesen B1 dan B2 kepada B penuh.
JPJ jangka lebih ramai akan mendaftar dalam program itu yang baru bermula 1 Oktober lalu ekoran sejumlah syaratnya sudah dilonggarkan dan harganya berpatutan.
Mengikut rekod, lebih 3 juta daripada 9 pemegang lesen memandu kelas B1 dan B2 layak layak sertai program tersebut.
---
Mahkamah Persekutuan tolak rayuan semakan hukuman mati dari bekas peguam, N Pathmanabhan dan seorang lagi kerana bunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati dan 3 pembantu Allahyarhamah 14 tahun lalu.
Seorang lagi tertuduh telah tarik balik permohonan semakan hukuman itu sekaigus menyaksikan hukuman mati ke atasnya kekal.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca