← Back to list
Kes GISB: Lelaki dipenjara 10 tahun
Sep 26, 2024
Seorang lelaki yang mendera kanak-kanak di sebuah rumah amal milik syarikat GISB dipenjara 10 tahun selepas mengaku bersalah terhadap empat pertuduhan yang dihadapinya.
Tertuduh didakwa menganiaya tiga kanak-kanak lelaki dengan merotan dan menekan dada mangsa menggunakan lututnya.
Terdahulu, polis mulakan siasatan selepas tular rakaman video memaparkan kanak-kanak lelaki dilihat kesakitan dipercayai akibat dada dan lehernya ditekan oleh suspek menggunakan lutut.
__
Sementara itu, SPRM berkata pihaknya tidak terlibat dalam penyiasatan GISB susulan kes itu tidak melibatkan unsur salah guna kuasa.
Jelasnya, kes itu sepenuhnya di bawah siasatan PDRM dan JAKIM.
__
Dalam perkembangan berkaitan, 12 syarikat yang berkaitan dengan GISB dikenakan kompaun berjumlah RM4.4 juta.
Menurut KPDN, ia susulan siasatan SSM mendapati kesemua syarikat terbabit tidak mematuhi tanggungjawab menyerahkan penyata tahunan dan penyata kewangan masing-masing.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca