← Back to list
Op Global: Puluhan individu termasuk kanak-kanak disyaki pengikut GISBH diperiksa
Sep 21, 2024
Puluhan individu termasuk wanita dewasa, remaja dan kanak-kanak yang diperiksa dalam serbuan di Pusat Perniagaan GISB, Rawang, dibawa menaiki van polis.
Kesemua mereka dibawa untuk menjalani proses dokumentasi di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.
Dalam operasi sama, Majlis Perbandaran Selayang turut merobohkan beberapa struktur binaan haram selain menyita premis-premis perniagaan dimiliki GISBH yang didapati tidak berlesen.
__
Belanjawan 2025 akan beri tumpuan menangani kos sara hidup rakyat.
Perdana Menteri berkata kerajaan berusaha untuk menyelesaikan isu berkenaan berbanding memberikan peruntukan dana kepada ahli Parlimen.
Tambah Datuk Seri Anwar Ibrahim, walaupun keadaan politik stabil dan ekonomi melonjak, kos sara hidup dan kenaikan harga masih tidak dapat diselesaikan.
__
Dan jumlah mangsa terjejas banjir terus meningkat kepada hampir 8,000 orang.
Kedah mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu lebih 7,700 orang, Selangor dan Pulau Pinang masing-masing rekodkan lebih 100 dan Perak 16 mangsa.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca