← Back to list
5 Termasuk Anak Pemimpin GISB di Tahan di Sempadan
Sep 19, 2024
Polis tahan 5 lelaki disyaki ada kaitan dengan GISB termasuk anak pemimpin utama kumpulan itu di sempadan Malaysia-Thailand.
Mereka ditahan di Bukit Kayu Hitam, Kedah hasil risikaan pihak berkuasa dan 2 kenderaan turut dirampas.
Minggu lalu polis serbu 20 rumah amal di 2 negeri yang dikaitkan dengan GISB serta selamatkan lebih 400 kanak-kanak dan remaja yang dilapor jadi mangsa dera dan eksploitasi.
Susulan itu Yang di-Pertuan Agong menitahkan PDRM menjalankan siasatan segera dan menyeluruh berkaitan isu jenayah dan penganiayaan berkenaan.
Dalam perkembangan berkaitan Bukit Aman memaklumkan 3 suspek kes liwat yang ditahan dalam Op Global baru-baru ini akan didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban hari ini.
---
Bandar Baharu jadi daerah terbaru terjejas banjir di Kedah, menjadikan 7 daerah di negeri itu kini terjejas bencana alam tersebut.
Kedah juga kini merekodkan lebuh 3,400 mangsa banjir dan mereka kini berlindung di 28 PPS.
Pulau Pinang pula mencatatkan 630 mangsa dan di Perlis hampir 70 penduduk ditempatkan di PPS.
Terdahulu, MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan untuk Kedah, Pulau Pinang, Perlis dan Perak sehingga hari ini.
Negeri-negeri lain juga berisiko alami cuaca sama sepanjang minggu ini.
---
Mesyuarat Jemaah Menteri semalam bersetuju kekalkan dasar sedia ada berhubung permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia bermakna permohonannya kekal secara sukarela seperti sejak mula dilaksanakan pada 1974.
Beliau juga memaklumkan, JAKIM sentiasa berusaha meningkatkan kesedaran semua pihak tentang kepentingan dan kebaikan sijil halal Malaysia dalam industri makanan dan perniagaan.
---
Kementerian Luar sahkan tiada rakyat Malaysia terjejas atau terlibat kejadian letupan alat telekomunikasi yang berlaku di sejumlah lokasi di Lubnan.
Difahamkan juga angka korban telah meningkat kepada lebih 30 orang termasuk kanak-kanak dan petugas kesihatan manakala lebih 2,800 cedera.
Dalam pada itu Setiausaha Agung PBB menzahirkan kebimbangan ekoran siri letupan atau serangan siber di Lubnan berkenaan.
Justeru Antonio Guterres gesa semua pihak yang terlibat untuk berusaha sedaya upaya elak peningkatan ketegangan Israel-Hezbollah.
Sementara itu Perhimpunan Agung PBB meluluskan resolusi yang mahu pencerobohan Israel ke atas Palestin ditamatkan dalam tempoh setahun.
Menurut resolusi itu juga penempatan haram Israel telah langgar undang-undang antarabangsa dan rakyat Palestin berhak pertahan tanahair mereka.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca