← Back to list
39 Lagi Rumah Amal Berada Dalam Radar
Sep 15, 2024
Semua mangsa yang diselamatkan dalam kes eksploitasi disyaki didalangi syarikat GISB berada dalam keadaan selamat.
Menurut Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, mereka kini berada dalam jagaan rapi JKM dan PDRM.
Pihaknya juga sentiasa pantau perkembangan kes itu dan beri ruang secukupnya terhadap pihak berkuasa dalam menjalankan siasatan.
Dalam perkembangan berkatan, hampir 40 lagi rumah amal kendalian GISB di seluruh negara berada dalam radar pemantauan PDRM.
Menurut Bukit Aman, ia susulan dakwaan berlaku eksploitasi kanak-kanak dan amalan seks luar tabii.
---
Jemaah Menteri secara dasarnya telah meluluskan untuk iktiraf Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 6, 7 dan 8 setaraf dengan Ijazah Pertama.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia sebahagian daripada usaha kerajaan untuk terus memperkukuh institusi tahfiz.
Ujar beliau lagi, kerajaan sasar sekurang-kurangnya 10,000 pelajar tahfiz ikuti kursus berkaitan TVET menjelang 2027.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca