← Back to list
Eksploitasi kanak-kanak: PM Anwar mahu siasatan segera kes berkaitan GISB
Sep 13, 2024
Pihak berkuasa termasuk majlis agama Islam diarah segera siasat, ambil tindakan berhubung dakwaan salah laku GISBH.
PM, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia adalah perkara serius yang perlu ditangani segera.
Terdahulu, lebih 400 kanak-kanak telah diselamatkan selepas polis menyerbu 20 rumah amal di sekitar Selangor dan Negeri Sembilan.
Kira-kira 170 individu juga telah direman seminggu bagi bantu siasatan.
__
Sementara itu, Ketua Polis Negara sahkan seramai 13 kanak-kanak yang menginap di rumah amal kendalian syarikat GISBB pernah diliwat.
Tan Sri Razarudin Husain berkata kesemua kanak-kanak dan remaja itu kini sedang menjalani saringan kesihatan fizikal dan mental.
__
Dalam pada itu, Jabatan Bantuan Guaman diarah menyantuni kanak-kanak dan keluarga mangsa jenayah seksual serta eksploitasi di Selangor dan Negeri Sembilan baru-baru ini.
Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi berkata kerajaan tidak akan berkompromi dalam hal penindasan terhadap kanak-kanak.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca