← Back to list
Menteri Arah Siasat Pemilik TikTok Abang Bas
Sep 06, 2024
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan tegaskan insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India, KL baru-baru ini merupakan kes terpencil.
Justeru menurutnya, ia tidak seharusnya dijadikan indikator bahawa ibu negara tidak lagi selamat untuk dihuni.
KPKT juga tegaskan, KL dan bandar raya utama lain di negara ini kekal selamat untuk dikunjungi dan didiami.
---
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengarahkan Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak buat laporan polis terhadap seorang pemandu bas sekolah.
Ia susulan tindakan lelaki itu yang dilapor rakam dan muat naik video gelagat kanak-kanak iaitu murid perempuan sekolah rendah di TikTok Abang Bas yang turut tular.
---
Kaji selidik Ipsos mendapati 7 daripada setiap 10 rakyat Malaysia mahu kanak-kanak hingga usia 14 tahun diharamkan guna media sosial.
Menurut firma penyelidikan pasaran global itu juga, 51 peratus rakyat Malaysia bersetuju kanak-kanak perlu dilarang guna telefon pintar di dalam dan luar sekolah.
Manakala 29 peratus bersetuju kanak-kanak turut perlu dilarang guna aplikasi AI, ChatGPT.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca