← Back to list
Palsu tuntutan Perkeso: Dua lagi doktor direman empat hari
Sep 05, 2024
Dua lagi doktor dan seorang ejen direman di Pulau Pinang berhubung kes kartel pemalsuan tuntutan PERKESO.
Setakat ini, lima doktor dan kira-kira 30 individu telah direman berhubung kes itu.
Dalam pada itu, SPRM turut merampas wang tunai dan barangan berharga bernilai setengah juta ringgit daripada individu terlibat.
__
PDRM beri amaran kepada orang ramai upaya tidak menghampiri, meninjau, dan membuat kandungan untuk media sosial di kawasan tanah jerlus di Jalan Masjid India.
Polis KL berkata ia adalah untuk keselamatan selain mengelakkan daripada mengganggu kerja-kerja agensi lain.
__
Ibu bapa kanak-kanak berusia 10 tahun yang memandu sebuah kereta sehingga menyebabkan kemalangan di Seremban, Selasa lalu akan didakwa atas kesalahan kecuaian menjaga anak.
__
Pelajar lepasan STPM, matrikulasi, asasi dan diploma boleh menyemak keputusan permohonan pengajian ke universiti awam mulai tengah hari esok.
__
Dan pengarah Syamsul Yusof dan Ira Kazar sah bercerai talak satu selepas hampir dua tahun berkahwin.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca