Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

← Back to list

HEVTEC 2024 Kumpul 200 Pemain Industri Pengangkutan Berat

Sep 04, 2024


hevtec 2024 kumpul 200 pemain industri pengangkutan berat

Putrajaya, 4 September 2024 - Seramai 200 peserta terdiri daripada pemain-pemain industri di kalangan komuniti kenderaan berat, pengawal selia serta agensi penguatkuasa berhimpun pada Persidangan Keselamatan Kenderaan Berat (HEVTEC) 2024 kali ketiga anjuran PLUS Malaysia Berhad (PLUS) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini bersempena dengan Conference on Asia Road Safety (CARS) 2024 dengan kolaborasi MIROS dan PERKESO yang berlangsung dari 2 hingga 4 September.

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Nik Airina Nik Jaffar berkata, sebagai pengendali lebuh raya terbesar di negara ini, PLUS sentiasa memberi penekanan utama selain memberikan komitmen terhadap inisiatif-inisiatif bagi meningkatkan tahap keselamatan di lebuh raya terutama yang melibatkan kenderaan berat di Malaysia.

hevtec 2024 kumpul 200 pemain industri pengangkutan berat

"Ini selari dengan objektif dan pelan keselamatan nasional iaitu Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (PKJRM) 2022-2030 dengan visi dan misi untuk menyasarkan pengurangan 50 peratus jumlah kematian nahas jalan raya pada tahun 2030 berasaskan jumlah kematian pada tahun 2019. PLUS juga telah melaksanakan pelbagai inisiatif melalui Konsep 5E iaitu Engineering, Enforcement, Education, Emergency Response dan Evaluation bagi mencapai matlamat pelan ini,” katanya.

Tambah Datuk Nik Airina, walaupun komposisi kenderaan berat di Lebuhraya PLUS adalah hanya 10 peratus, namun sebanyak 21 peratus daripada kemalangan yang direkodkan di Lebuhraya PLUS pada tahun 2023 melibatkan kenderaan berat dan komersial. Malah, 34 peratus daripada kemalangan maut di Lebuhraya PLUS juga berpunca daripada kemalangan yang melibatkan jenis kenderaan yang sama. Oleh itu, persidangan HEVTEC ini bertujuan untuk mencari pendekatan dan langkah-langkah yang terbaik untuk mengurangkan risiko kemalangan melibatkan kenderaan berat.” 

hevtec 2024 kumpul 200 pemain industri pengangkutan berat

“Di samping itu, apabila berlakunya kemalangan yang melibatkan kenderaat berat, impaknya amat besar kepada semua pengguna lebuh raya kerana ianya akan menyebabkan kesesakan teruk dan apabila berlakunya penutupan laluan terlibat kemalangan, trafik terpaksa dilencongkan keluar dari lebuh raya. Tambahan pula, tempoh pengalihan dan pembersihan sering mengambil masa yang panjang kerana ia memerlukan penggunaan jentera berat dan peralatan khas. Hal ini boleh menjejaskan dan menyukarkan perjalanan pengguna yang lain.”

“Berdasarkan pemerhatian kami, kenderaan berat yang membawa muatan yang berlebihan berisiko amat tinggi untuk terbabit di dalam kemalangan. Oleh itu, kami berharap semua operator kenderaan berat memainkan peranan mereka dan mematuhi had muatan yang dibenarkan bagi meningkatkan lagi tahap keselamatan di lebuh raya,” tambah beliau.

hevtec 2024 kumpul 200 pemain industri pengangkutan berat

Justeru, isu keselamatan di jalan raya umumnya merupakan tanggungjawab kita bersama. Ia menuntut tanggungjawab dan komitmen daripada semua pihak, termasuklah pengendali lebuh raya, badan kerajaan, sektor swasta, pemain-pemain industri dan orang awam. Dengan wujudnya usaha kolaboratif di antara pelbagai pihak berkepentingan seperti Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), PDRM, JPJ, MIROS dan PERKESO, PLUS yakin ia akan menyumbang kepada peningkatan secara holistik dalam aspek keselamatan jalan raya.

Sesi forum pada persidangan HEVTEC 2024 turut menampilkan ahli-ahli panel berpengalaman luas dalam bidang masing-masing antaranya adalah Prof. Dr. Wong Shaw Voon, Pengerusi, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), ACP Fauzi Osman, Timbalan Pengarah (II), Jabatan Siasatan & Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tuan Zulkarnain Yasin, Pengarah (Dasar Penguatkuasaan & Pendakwaan) Bahagian Penguatkuasa, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Tuan Ir. Ts. Mohd Hafzi Md Isa, Ketua Unit Keselamatan Perjalanan, Cawangan Pencegahan, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), PLUS serta pemain-pemain industri pengangkutan dan logistik.


Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!

Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Jumaat

7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm

Sabtu - Ahad

9:00am, 11:00am, 1:00pm

Cuaca