← Back to list
Motosikal baharu 150cc dan ke atas wajib memiliki ABS mulai Januari 2025
Sep 03, 2024
Bermula 1 Januari depan, semua motosikal baru dengan enjin berkapasiti 150cc dan ke atas wajib memiliki Sistem Brek Anti-Kunci, ABS!
Ujar Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, ia susulan kadar kemalangan maut yang tinggi melibatkan pengguna motosikal.
Jelasnya menurut WHO, sistem tersebut mampu mengurangkan risiko kematian penunggang motosikal kira-kira 30 peratus dalam kemalangan.
Tegas beliau, jumlah kematian akibat nahas jalan raya di negara ini membabitkan pengguna motosikal direkodkan kira-kira 6,000 setiap tahun...antara yang tertinggi di Asia Tenggara.
Datuk Seri Ahmad Zahid juga mengumumkan, kadar had laju di kawasan sekolah diturunkan dari 40 kepada 30 kilometer sejam.
Ia bagi meningkatkan keselamatan jalan raya khususnya membabitkan murid sekolah.
---
Public Health Malaysia memaklumkan, populasi kelahiran bagi setiap wanita di Malaysia pada 2022 turun kepada 1.6, jauh di bawah paras penggantian iaitu 2.1
Hanya penduduk di Pantai Timur Semenanjung masih menghasilkan bayi mencukupi untuk mengekalkan populasi mereka iaitu 2.5 anak per wanita.
---
Polis tahan sepasang suami isteri dan rampas pelbagai jenis dadah bernilai hampir RM800,000 dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kuala Terengganu.
---
Menteri Besar Kedah memaklumkan, kerajaan negeri itu akan bawa kes tuntutan bayaran caj air mentah Sungai Muda ke atas Pulau Pinang ke mahkamah.
---
Kementerian Dalam Negeri beri jaminan PDRM mampu tangani beberapa elemen ekstremis yang wujud di negara ini.
---
Kerajaan sedia teliti semula undang-undang sedia ada untuk banteras jenayah buli siber yang meningkat dengan mendadak.
---
Dan, Korea Selatan lancar siasatan ke atas platform Telegram atas dakwaan kes jenayah seks yang menggunakan teknologi deepfake.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca