← Back to list
KTMB dalam usaha tangani masalah pencerobohan koc wanita
Sep 02, 2024
KTMB bekerjasama dengan Agensi Pengangkutan Awam Darat untuk atasi masalah pencerobohan koc wanita.
Pegawai dan kakitangan polis bantuan turut ditugaskan untuk menjalankan rondaan secara berkala.
Ia berikutan insiden seorang wanita warga Australia diganggu secara lisan oleh sekumpulan remaja selepas dia menegur mereka untuk beralih ke koc lain.
__
Sementara itu, Kementerian Pengangkutan maklumkan Aerotrain di KLIA dijangka beroperasi semula pada 31 Januari depan.
Perkhidmatan itu dihentikan sementara pada bulan Mac lalu atas faktor keselamatan, dan digantikan dengan bas.
__
Majlis Perbandaran Selayang maklumkan Jalan Bandar Rawang 2 ditutup sementara selepas menunjukkan tanda-tanda berlaku mendapan tanah.
__
Dan Air Selangor maklumkan sebanyak 10 kawasan di Sabak Bernam alami gangguan bekalan air ekoran insiden paip pecah dan dijangka pulih awal pagi esok.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca