← Back to list
Lubang Benam: Jangan Sebar Berita Palsu
Sep 01, 2024
Menteri Dalam Negeri minta orang ramai tidak sebar berita palsu berkaitan insiden lubang benam di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.
Ia termasuk penularan di media sosial yang mendakwa kononnya ibu kota tidak selamat ekoran kejadian itu dan berpotensi berlakunya lubang benam lebih besar.
Tegas Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, ini kerana dikhuatiri boleh menimbulkan keresahan awam dan menjejaskan emosi keluarga mangsa lebih-lebih lagi dakwaan tanpa sumber sahih.
Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Polis Dang Wangi ucap terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa.
Selepas 9 hari SAR ditamatkan atas faktor keselamatan dan kini memasuki fasa search and recovery.
Kerajaan Malaysia dengan kerjasama Suruhanjaya Tinggi India telah memaklumkan kepada keluarga mangsa dan mereka memahami keputusan tersebut.
---
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menasihatkan ibu bapa agar tidak ambil mudah urusan pendaftaran bayi yang baru dilahir bagi elak berdepan kesulitan pada masa depan.
KDN juga memaklumkan, JPN akan perkasa Program Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) bagi bantu mereka yang berdepan kesukaran untuk mohon dokuman pengenalan diri.
Sejak Januari lau, JPN terima lebih 24,800 permohonan dokumen pengenalan diri program tersebut di seluruh negara.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca