← Back to list
Tiada Hasrat Tangguh Pelesenan Media Sosial
Aug 28, 2024
SKMM akan menjalankan siasatan awam mengenai langkah pelesenan yang dirancang bagi media sosial dan rangka kerja penyedia perkhidmatan pesanan internet.
Ia bagi memastikan rangka kerja akhir adalah adil, berkesan dan mencerminkan keperluan kedua-dua pihak industri dan orang ramai.
Dalam perkembangan berkaitan, Kementerian Komunikasi memaklumkan kerajaan tiada hasrat tangguh pelaksanaan langkah tersebut yang akan mula berkuatkuasa pada 1 Januari tahun depan.
Ujar Menterinya, Fahmi Fadzil, ia sebagai langkah proaktif kerajaan bagi melindungi kepentingan dan keselamatan pengguna dan rakyat.
Ia sebagai reaksi kepada surat terbuka yang dihantar oleh Gabungan Internet Asia, AIC kepada Perdana Menteri baru-baru ini yang gesa kerajaan tangguh rancangan itu.
---
Pencarian mangsa kejadian lubang benam Jalan Masjid India, KL masuk hari ke-6 hari ini.
Ketika ini operasi tertumpu di lokasi kejadian juga di loji rawatan kumbahan IWK di Pantai Dalam.
Dalam perkembangan berkaitan, jurutera reka bentuk sistem rawatan kumbahan, Lim Kean beritahu kami, pencarian di loji tersebut amat mencabar kerana saiz dan muatannya yang besar.
Beliau juga berpendapat, mangsa sukar ditemui dalam keadaan baik ekoran aliran air berkelajuan tinggi dalam saluran pembentung ditambah pula dengan gas toksik di dalamnya.
---
2 anggota polis cedera parah selepas tertimbus ketika menjalankan tugas pemusnahan bom di Kluang, Johor.
Mangsa yang merupakan anggota Unit Pemusnah Bom PDRM, kini dirawat di ICU Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca