← Back to list
Jaga Kehormatan Jalur Gemilang
Aug 26, 2024
Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka didakwa esok berkaitan isu 3R ketika kempen PRK DUN Nenggiri lalu.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razaruddin Hussin mengesahkan perkara tersebut.
Proses pendakwaan Pengerusi Perikatan Nasional itu dibuat di Mahkamah Gua Musang.
---
Lebih 1,500 anggota polis akan ditugaskan di empat lokasi sambutan Ambang Merdeka di KL Jumaat ini.
Empat lokasi itu ialah Dataran Merdeka, Bukit Bintang, TRX dan KLCC.
Polis Kuala Lumpur turut pastikan orang ramai dapat menyambut Ambang Merdeka dalam suasana aman dan keselamatan mereka juga terjamin.
---
Rakyat Malaysia dinasihatkan untuk gambil sikap bertanggungjawab demi menjaga kehormatan Jalur Gemilang.
Kementerian Komunikasi berkata masyarakat juga wajar untuk mengalihkan atau menaikkan semula Jalur Gemilang jika ia diletakkan di tempat tidak bersesuaian.
----
Pusat rekreasi popular, Taman Eko Rimba Sungai Tekala, Semenyih ditutup sementara selama lima hari hingga Jumaat ini.
Jabatan Perhutanan Selangor berkata penutupan sementara itu dilakukan selepas kawasan terbabit dikesan positif wabak kencing tikus.
----
Tempoh reman terhadap seorang lelaki Rohingya disambung seminggu lagi sehingga 2 September nanti.
Ia berkaitan dengan siasatan suspek dipercayai bunuh isterinya dan dua anaknya di Alor Setar baru-baru ini.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca