Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

← Back to list

Ambil Iktibar Penahanan Pengasas Telegram

Aug 26, 2024


Penahanan pengasas aplikasi Telegram, Pavel Durov wajar dijadikan teladan dan diberi  perhatian serius oleh semua lapisan masyarakat.  

Ujar Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi UiTM, Dr Noor Nirwandy Mat Noordin, ia menandakan perlunya platform media sosial dipertanggungjawabkan serta patuh nilai dan peraturan sesebuah negara.  

Jelas Dr Noor Nirwandy, ia juga untuk elak penyalahgunaan media sosial bagi tujuan yang boleh jejas keselamatan awam atau negara. 

Difahamkan, pihak berkuasa Perancis tahan Pavel Durov baru-baru ini berkaitan isu kekurangan moderator di Telegram. 

Polis negara itu anggap situasi tersebut membawa kepada aktiviti jenayah berterusan di aplikasi terbabit. 

--- 

Perdana Menteri beri jaminan operasi mencari dan menyelamat wanita warga India yang terjatuh ke dalam lubang benam di Masjid India, Kuala Lumpur akan diteruskan. 

Datuk Seri Anwar Ibrahim turut melahirkan rasa simpati atas kejadian yang menimpa pelancong itu dan telah minta DBKL menemui keluarga mangsa. 

Sementara itu Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata belum ada sebarang petunjuk baru dalam operasi berkenaan.  

Dalam perkembangan berkaitan, satu pasukan khas ditubuhkan bagi kaji struktur tanah di sekitar kawasan Masjid India bagi memastikan kawasan terbabit selamat. 

Menurut Datuk Bandar Kuala Lumpur, pasukan tersebut terdiri daripada DBKL, PDRM, JKR serta Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG)

Setakat ini ini kajian awal pihak JMG mengesahkan tanah di lokasi kejadian adalah selamat dan sesuai untuk pembangunan. 

--- 

Kementerian Dalam Negeri (KDN) beri tumpuan di 4 pintu masuk utama negara termasuk di Terminal 1 dan 2 KLIA bagi bantu Kementerian Kesihatan (KK mengekang penularan mpox.  

KDN juga pantau ‘laluan tikus’ yang terdapat di sempadan negara terutama sekitar Sungai Golok menerusi kawalan keselamatan oleh PGA. 

--- 

Palestin desak tekanan global diteruskan ke atas Amerika Syarikat dan beberapa negara lain untuk berhenti membekalkan senjata kepada Israel.  

Untuk rekod, April lalu Kongres AS meluluskan rang undang-undang bantuan luar negara yang membuka jalan kepada sokongan ketenteraan USD 15 bilion untuk Israel. 


Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!

Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Jumaat

7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm

Sabtu - Ahad

9:00am, 11:00am, 1:00pm

Cuaca