Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

← Back to list

PLUS Komited Memelihara Kelestarian Alam Sekitar

Aug 16, 2024


PLUS Komited Memelihara Kelestarian Alam Sekitar

plus komited memelihara kelestarian alam sekitar

Foto - Bernama

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menzahirkan komitmen terhadap agenda kelestarian dan pemeliharaan alam sekitar apabila sehingga kini PLUS turut menjaga lebih kurang 270,000 pokok termasuk 250,000 kaki persegi tumbuhan renek di sepanjang lebuh raya kendaliannya.

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Nik Airina Nik Jaffar menyatakan misi PLUS adalah menghubungkan komuniti untuk mencorakkan masa hadapan yang selamat dan lestari, dengan komitmen untuk menyokong aspirasi dan rancangan kelestarian negara melalui operasi lebuh raya yang peka terhadap penjagaan alam sekitar, bertanggungjawab terhadap keperluan sosial serta menegakkan nilai tadbir urus yang baik.

plus komited memelihara kelestarian alam sekitar

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Nik Airina Nik Jaffar (dua dari kiri) diiringi Ketua Pegawai Tadbir Urus dan Risiko PLUS, En. Satpal Singh (pertama dari kiri) dan Ketua Pegawai Sumber Manusia, Puan Shazalina Ahmad (tiga dari kiri) melawat gerai Global Environment Centre (GEC) dan Pertubuhan Sahabat Gambut Asli Temuan (SGAT) yang mempamerkan usaha pemeliharaan seni dan kraf tangan berasaskan alam semula jadi.

Beliau berkata, usaha pemeliharaan alam sekitar PLUS bertujuan memberi pendekatan aktif bagi mengurangkan pelepasan gas rumah hijau dan jejak alam sekitar. Inisiatif kami memanfaatkan teknologi hijau, kecekapan tenaga dan tenaga boleh diperbaharui yang merangkumi pengubahsuaian lebih 37,000 lampu LED sepanjang lebuh raya dan pemasangan sistem PV solar di pejabat dan fasiliti kami. Usaha-usaha ini telah berjaya mengurangkan pelepasan gas rumah hijau sebanyak 27 peratus berbanding garis dasar 2017.

“Lebuhraya PLUS juga menghubungkan pelbagai destinasi ekopelancongan yang menarik dalam negara. Oleh itu, saya menggalakkan orang ramai mengambil peluang ini untuk melancong di dalam negara kita yang kaya dengan khazanah alam semula jadi,” tambah beliau.

plus komited memelihara kelestarian alam sekitar

Ketua Pegawai Tadbir Urus dan Risiko PLUS, En. Satpal Singh (tiga dari kanan), bersama En. Mohammad Shahfiz Azman, Ketua Cawangan Zoologi dari FRIM, (dua dari kanan) bersama-sama penyelidik FRIM di gerai pameran sempena program Pemuliharaan Hutan & Kesedaran Alam Sekitar.

Baru-baru ini, PLUS turut menganjurkan program Pemuliharaan Hutan dan Kesedaran Alam Sekitar yang menampilkan pelbagai agensi yang berkaitan. Program tersebut menampilkan hasil penyelidikan mengenai perhutanan tropika oleh Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), inisiatif pemuliharaan hidupan liar oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), pameran pertanian bandar oleh perusahaan sosial Eats, Shoots & Roots, kesedaran mengenai sifat penyembuhan tumbuh-tumbuhan oleh Little Eden Succulents yang diterajui oleh usahawan wanita, dan pemeliharaan seni dan kraf tangan berasaskan alam semula jadi oleh Global Environment Centre (GEC) dan Pertubuhan Sahabat Gambut Asli Temuan (SGAT).

Pengisian utama program ini ialah sesi interaksi dan perkongsian antara Bahagian Biodiversiti Hutan FRIM dan warga kerja PLUS dalam meningkatkan kesedaran mengenai pemuliharaan hidupan liar, kepentingan dan cabaran dalam melindungi biodiversiti Malaysia, serta mengenal pasti peluang untuk berkolaborasi.

PLUS sentiasa komited terhadap pengurusan alam sekitar yang baik dan menyokong pembangunan kelestarian negara.

-Astro Radio Traffic-


Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!

Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Jumaat

7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm

Sabtu - Ahad

9:00am, 11:00am, 1:00pm

Cuaca