← Back to list
Lelaki tolak isteri jatuh gaung didakwa esok
Aug 15, 2024
Suspek kes pukul dan tolak isteri ke dalam gaung di Jalan Raya Timur Barat Gerik-Jeli akan didakwa di Mahkamah Kuala Kangsar esok.
Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, lelaki terbabit akan dituduh atas kesalahan cubaan membunuh.
Terdahulu suspek direman tujuh hari bermula 6 sehingga 12 Ogos lalu bagi siasatan lanjut.
__
Sementara itu, polis sahkan pemain bola sepak amatur yang ditahan kerana acukan objek tajam ketika satu perlawanan baru-baru ini, adalah suspek untuk satu kes jenayah lain.
Dia dipercayai turut terlibat dalam kes baling bom petrol di sebuah pusat hiburan di ibu negara Mei lalu.
Polis berkata lelaki berusia 22 tahun itu akan dituduh atas kedua-dua kesalahan itu di Mahkamah KL esok.
__
Perkhidmatan rel dan bas di Lembah Klang, buat kali pertama akan beroperasi 24 jam pada malam 30 Ogos ini bersempena sambutan Hari Kebangsaan ke-67.
Prasarana berkata lebih 4,000 petugas akan bertugas secara syif bagi memastikan kelancaran operasinya sepanjang sambutan itu.
__
Astro Radio dengan kerjasama GFK memperkenalkan RADIO 360, dalam usaha mengikuti peredaran teknologi semasa dan landskap media yang sentiasa berubah.
RADIO 360 merupakan teknologi pengukuran hibrid pertama di Malaysia yang menggabungkan kaedah tinjauan tradisional iaitu berdasarkan frekuensi FM dan data kiraan penstriman digital.
__
Dan jenazah penyanyi Nidza Afham yang ditemukan meninggal dunia di Sungai Klang, selamat dikebumikan di Puncak Alam.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca