← Back to list
KPM Pandang Serius Isu Ketagihan Vape
Aug 12, 2024
Tindakan disiplin dikenakan terhadap murid yang terlibat gejala sosial di sekolah.
Tegas Menteri Pendidikan, Fadlina Sidek, ia termasuk melibatkan kesalahan berkaitan gejala seksual serta menghisap rokok dan vape.
Beliau turut mengingatkan ibu bapa dan komuniti agar memainkan peranan masing-masing terutama sekali jika kes gejala sosial berlaku di luar kawasan sekolah.
Februari lalu, seorang pelajar perempuan di Besut, Terengganu dilapor jadi mangsa perkosa dan amang seksual oleh 3 rakan sekolahnya.
Manakala baru-baru ini polis Johor Bahru memaklumkan pihaknya sedang siasat isu ketagihan vape mengandungi cecair digelar ‘magic mushroom’ dalam kalangan pelajar.
---
Malaysia tidak boleh leka dalam aspek keselamatan!
Timbalan Perdana Menteri memberi penegasan itu walaupun Malaysia tersenarai dalam negara ke-10 paling selamat mengikut Indeks Keamanan Global, baru-baru ini.
Jelas Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, ia memandangkan ancaman keselamatan negara kini bersifat kompleks dan luar jangka.
Ia termasuk membabitkan elemen 'lone wolf' atau keganasan bersendirian yang dilakukan individu akibat pengaruh radikal di media sosial.
---
Seramai 370 mangsa banjir dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di 2 negeri.
Alor Gajah, Melaka merekodkan lebih 300 mangsa, manakala di Port Dickson, N. Sembilan hampir 70 mangsa ditempatkan di PPS.
Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan negeri Melaka akan salur bantuan segera RM300 kepada mangsa banjir.
---
Polis Perak tahan seorang warga emas bagi bantu siasatan berhubung pemasangan Jalur Gemilang secara terbalik di sebuah bangunan.
Siasatan mendapati, individu terbabit mengaku tidak menyedari bendera itu dipasang terbalik dan dibebaskan dengan jaminan polis.
Justeru polis menasihatkan orang ramai supaya lebih peka dengan pemasangan bendera terutama sempena bulan kemerdekaan ini.
---
Remaja berusia 14 tahun yang ditahan kerana ceroboh dan menyamar sebagai petugas di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang telah dirujuk ke JKM.
Menurut polis Selangor, ia memandangkan remaja perempuan terbabit adalah di bawah umur.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca