← Back to list
Ambil Pengajaran Rusuhan di UK - Fahmi
Aug 08, 2024
Rusuhan di United Kingdom yang dipercayai berpunca daripada penyebaran berita palsu anti Islam wajar dijadikan pengajaran supaya tidak berlaku di Malaysia.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia beri kesedaran bahawa masalah penyebaran berita palsu perlu ditangani secara serius.
Sementara itu Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London sahkan tiada rakyat Malaysia terbabit dalam protes yang sedang berlangsung di UK.
Pada masa sama, semua rakyat Malaysia diminta menjauhi kawasan protes, sentiasa waspada dan mengikuti panduan terkini oleh pihak berkuasa.
Dalam perkembangan lain, warga Malaysia dinasihat tangguh perjalanan ke Bangladesh ekoran situasi tidak menentu di negara tersebut.
Wisma Putra juga ambil maklum pembentukan kerajaan interim Bangladesh bagi memastikan urusan pentadbiran negara itu dapat berfungsi seperti biasa.
---
Penjawat awam dalam kalangan kumpulan pelaksana dijangka menikmati kenaikan gaji melalui Sistem Saraan Perkhidmatan Awam sehingga 42.7 peratus.
Menteri Komunikasi berkata, gambaran secara umum peningkatan gaji penjawat awam itu boleh diketahui bermula minggu depan.
Fahmi Fadzil juga memaklumkan, Kementerian Sumber Manusia giat meneruskan usaha pendaftaran syarikat yang ingin turut serta dalam program dasar gaji progresif.
Justeru jika ada syarikat swasta yang belum berdaftar, mereka boleh berhubung dengan kementerian berkenaan.
---
Suspek utama kes culik kanak-kanak perempuan di sebuah pusat beli-belah di Johor bulan lalu dijangka didakwa di mahkamah hari ini.
Polis memaklumkan, suspek akan hadapi 15 pertuduhan termasuk menculik dan memiliki bahan penderaan seksual kanak-kanak.
Suspek yang ditahan sebelum ini dibebaskan dengan jaminan polis, namun ditahan semula kelmarin.
Ia susulan penemuan bahan pornografi dan peralatan seks di kediamannya di Kulai, Johor.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca