Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

← Back to list

PMO Minta Penjelasan Meta

Aug 01, 2024


Pelbagai pihak di negara ini mengecam pembunuhan ke atas pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh.  

Ia termasuk jemaah Menteri yang gesa siasatan segera dilakukan dan mahu pihak bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan. 

Kerajaan Malaysia juga akan terus lantang menyokong dan bekerjasama dengan negara lain bagi pembebasan rakyat Palestin daripada sebarang bentuk kezaliman. 

Dalam pada itu Pejabat Perdana Menteri tuntut penjelasan dan permohonan maaf daripada penyedia platform media sosial, Meta.

Ia susulan tindakannya menurunkan hantaran gambar pertemuan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pemimpin Hamas di Doha, Mei lalu. 

Tegas Pejabat Perdana Menteri, tindakan itu ternyata memperlihatkan diskriminasi terhadap situasi di Palestin dan pemimpin negara berkenaan. 

Sementara itu media antarabangsa melaporkan jenazah Allahyarham Ismail Haniyeh dijangka dikebumikan di Doha, Qatar.  

--- 

Ibu bapa perlu pastikan anak-anak sentiasa dalam perhatian mereka. 

Menurut polis Johor, ibu bapa perlu tahu setiap pergerakan anak-anak termasuk pergi dan balik ke sekolah selain sentiasa berhubung dengan pihak sekolah serta pantau pergaulan anak mereka. 

Pihaknya memberi nasihat itu ekoran kes kehilangan kanak-kanak dan remaja yang semakin kerap berlaku. 

Polis Johor juga memaklumkan, remaja lelaki 14 tahun yang dilaporkan hilang semasa berjalan kaki ke sekolah di Pagoh, Ahad lalu sudah pulang ke pangkuan keluarga.  

--- 

Sekurang-kurangnya 10 kes buli siber dilaporkan berlaku setiap hari di negara ini. 

Justeru tegas Kementerien Komunikasi, kerajaan tidak boleh berdiam diri dengan membiarkan lebih ramai rakyat jadi mangsa jenayah siber. 

Pihaknya turut memberitahu lebih 1 bilion ringgit wang rakyat Malaysia lesap akibat ditipu ‘scammer’ di pelbagai platform media sosial sepanjang tahun lalu! 

Sementara itu seorang wanita di Seremban rugi lebih 200,000 ringgit akibat terpedaya tawaran kerja sambilan dalam talian. 


Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!

Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Jumaat

7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm

Sabtu - Ahad

9:00am, 11:00am, 1:00pm

Cuaca