Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

← Back to list

Penyakit Berkaitan Cuaca Panas Meningkat

Jul 31, 2024


Penyakit berkaitan cuaca panas dilaporkan meningkat kepada 116 kes minggu ini berbanding 112 kes minggu lalu.  

Menurut laporan Nadma, lebih 80 kes melibatkan kelesuan haba dan selebihnya adalah kes strok haba dan kejang haba. 

Difahamkan juga, seorang mangsa kini dirawat di Hospital Segamat, Johor kerana kes strok haba.  

Terdahulu, MetMalaysia ramal cuaca panas dan kering yang melanda negara ketika ini akan berlanjutan hingga September.  

--- 

Pengendali platform media sosial beri respons positif terhadap keperluan pelesenan di bawah kerangka kawal selia baru untuk penggunaan Internet.  

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, mereka mengakui keperluan untuk mematuhi undang-undang Malaysia dan bersedia turut serta dalam prosesnya.  

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan pegawai daripada pelbagai platform media sosial seperti Meta, Google dan TikTok berhubung rancangan kerajaan itu.  

Sabtu lalu, MCMC mengumumkan akan perkenal kerangka kawal selia baru untuk penggunaan Internet yang selamat bagi kanak-kanak dan keluarga yang bermula esok.  

Manakala pelaksanaan penguatkuasaannya dijadualkan bermula pada 1 Januari tahun depan.  

---  

JPJ akan buka siasatan terhadap kes kanak-kanak berusia 12 tahun memandu kereta dan bawa 2 adiknya, yang video kejadiannya sedang tular.  

Tindakan tersebut akan diambil selepas PDRM selesai menjalankan siasatan ke atas kejadian itu yang dilapor berlaku di Puchong, Selangor.  

--- 

Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan semua premis yang menjual produk aiskrim dicampurkan ubat batuk yang sedang tular, dihentikan serta-merta. 

Jelas KKM, langkah tersebut dibuat bagi menjamin keselamatan pengguna. 


Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!

Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Jumaat

7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm

Sabtu - Ahad

9:00am, 11:00am, 1:00pm

Cuaca