← Back to list
RM100 Juta Untuk Tabung Wakaf MARA Madani
Jul 23, 2024
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju mempercepatkan penyaluran dana awal RM100 juta kepada Tabung Wakaf MARA Madani.
Dana itu antaranya akan digunakan untuk membantu golongan pelajar yang susah dan keluarga berpendapatan rendah.
Menurut MARA, ia akan dilaksanakan sebaik pihaknya dapat kelulusan daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang bertindak sebagai pengurus dana itu.
---
2 lelaki dan seorang wanita ditahan berkaitan kes kehilangan seorang kanak-kanak perempuan di Iskandar Puteri, Sabtu lalu.
Namun polis Johor memaklumkan, setakat ini kanak-kanak berusia 6 tahun itu masih belum ditemui.
Sementara itu beberapa individu dan syarikat tampil buat tawaran kira-kira RM70,000 sebagai ganjaran untuk maklumat yang membawa kepada penemuan kanak-kanak itu dengan selamat.
---
Penerbangan khas bawa pulang rakyat Malaysia dari Bangladesh dilapor telah berlepas dari KLIA 2 pada 7.30 pagi tadi.
Terdahulu, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hassan memaklumkan, rakyat Malaysia yang berada di negara sedang bergolak itu dijadualkan dibawa pulang hari ini.
Semalam, beliau nafi dakwaan kononnya Wisma Putra lepas tangan berhubung keselamatan pelajar Malaysia di Bangladesh.
Sementara itu keadaan ibu kota Bangladesh, Dhaka dilapor semakin tenang dan perintah berkurung telah dilonggarkan.
Sebelum ini perintah berkurung terpaksa dikuatkuasakan ekoran kekacauan susulan tunjuk perasaan golongan pelajar terhadap dasar kerajaan.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca