← Back to list
Kes Nur Farah Kartini: Unit Forensik jumpa kunci kereta dan dompet
Jul 22, 2024
Pasukan petugas khas PDRM menemukan kunci kereta dan dompet di Sungai Trolak Perak.
Ia dipercayai ada kaitan dengan pencarian bahan bukti kes pembunuhan Nur Farah Kartini.
Dalam perkembangan berkaitan, suspek kes bunuh Farah Kartini dilanjutkan reman selama 7 hari lagi bermula esok.
Ini selepas tempoh reman selama seminggu bermula 16 Julai lalu tamat hari ini.
__
Kerajaan nafi dakwaan segelintir pihak mendakwa kononnya Wisma Putra lepas tangan berhubung keselamatan pelajar Malaysia di Bangladesh.
Menteri Luar mohon pihak terlibat agar bertenang dan tidak buat sebarang spekulasi hingga cetuskan rasa panik.
Datuk Seri Mohamad Hasan berkata beliau sentiasa memantau hal itu dan ambil inisiatif sendiri menghubungi kedutaan di Dhaka untuk mengetahui perkembangan terkini.
Rusuhan di Bangladesh setakat ini sudah mengorbankan lebih 100 orang dan sekurang-kurangnya 300 pegawai polis cedera.
__
Dan kumpulan KPOP wanita popular, 2NE1 bakal kembali semula dengan jelajah konsert global sempena ulang tahun ke-15.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca