← Back to list
Jenazah Farah Kartini selamat dikebumikan
Jul 18, 2024
Polis akan memohon untuk sambung tempoh reman terhadap suspek kes bunuh Farah Kartini, yang akan tamat Isnin ini.
Polis Selangor berkata siasatan kes masih di peringkat awal dan memerlukan maklumat lanjut bagi melengkapkan siasatan.
Dalam perkembangan berkaitan, jenazah Farah Kartini selamat dikebumikan di Pekan Pahang petang tadi.
__
Kementerian Kesihatan tawarkan khidmat kaunseling kepada ahli keluarga mangsa bunuh, Nur Farah Kartini.
Ini kerana mereka berada dalam keadaan trauma berhubung dengan insiden itu.
__
Tiada keperluan untuk orang awam menunggu sehingga tempoh 24 jam sebelum membuat laporan polis kes Orang Hilang.
PDRM berkata alasan perlu menunggu sehingga tempoh tertentu untuk buat laporan adalah satu mitos tidak berasas.
__
Kerajaan beri jaminan akan melindungi semua mangsa buli siber, tanpa mengira fahaman politik.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata pihaknya sentiasa memantau perkara itu dan tindakan selanjutnya diambil terhadap individu cuba cetuskan provokasi.
__
Dan pelakon Intan Najuwa yang mendirikan rumah tangga Ogos lalu, sahkan hamil anak sulung.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca