← Back to list
Ajaran sesat Millah Abraham menular ke Johor
Jul 18, 2024
Jabatan Agama Islam Johor sahkan terima laporan polis berkaitan ajaran sesat Millah Abraham, di negeri itu.
Pihaknya turut menerima taklimat daripada cawangan khas Bukit Aman berhubung pergerakan ajaran tersebut.
Terdahulu, tiga beranak dipercayai pengikut ajaran sesat Millah Abraham ditahan dipercayai cuba sebarkan ajaran itu kepada orang ramai di Negeri Sembilan.
.....
Kementerian Kesihatan akan pastikan Rang Undang-Undang Perubatan Pindaan 2024 dikuatkuasakan secepat mungkin.
Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata RUU itu bertujuan tambah baik proses kelulusan dan kepakaran pengamal perubatan khususnya bagi laluan 'parallel'.
.....
Jabatan Perdana Menteri minta orang ramai agar tidak cemas jika terdengar bunyi tembakan meriam semasa memandu di Jalan Sultan Abdul Halim pada pagi Jumaat dan Sabtu ini.
Jelasnya sebanyak 2 tembakan meriam akan dilepaskan sempena raptai penuh Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong esok.
.....
Hampir 30 pelajar sebuah sekolah menengah di Pulau Pinang sudah keluar hospital selepas disyaki alami keracunan makanan kerana makan ayam tandoori di asrama sekolah itu.
.....
Air Kelantan berkata gangguan kualiti air di sekitar Pasir Puteh adalah bersifat sementara dan bukannya sedekad seperti dakwaan penduduk.
.....
Dan suspek kes keropok beracun akibatkan kematian 2 kanak-kanak di Kedah dibebaskan dengan jaminan polis.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca