← Back to list
Kerajaan galakkan guna kereta elektrik
Jul 16, 2024
Kerajaan akan terus menggalakkan penggunaan kenderaan elektrik melalui pelbagai dasar sokongan daripada semua pihak termasuk swasta.
Kementerian Pengangkutan berkata ia antara langkah terbaik untuk mengurangkan pelepasan karbon dioksida sekali gus selari dengan matlamat untuk mencapai sasaran emisi sifar bersih.
----
Jabatan Perkhidmatan Awam berkata butiran mengenai kenaikan gaji perkhidmatan awam akan diumumkan semasa ucapan khas Perdana Menteri 16 Ogos nanti.
----
Kementerian Pendidikan berkata lebih 60 peratus pelajar SPM tahun lalu lulus semua mata pelajaran, keputusan terbaik dicatat sejak 2013.
----
Timbalan Perdana Menteri berkata 20 ribu CCTV perlu dipasang di sekitar KL bagi memastikan keadaan jalan raya di ibu negara kekal selamat.
---
Kira-kira 14 laluan di ibu negara akan ditutup secara berperingkat bagi Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Sabtu ini.
---
Polis Sentul berkata 2 suspek kes buli siber yang menyebabkan kematian seorang pempengaruh media sosial baru-baru ini akan didakwa di mahkamah hari ini.
----
Dan penyanyi rap, Ben Ladin sahkan sudah berkahwin dengan wanita pilihannya dikenali Anna Syida baru-baru ini.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca