← Back to list
Kementerian Digital cadang undang-undang baharu mengenai buli siber
Jul 14, 2024
Kementerian Digital mencadangkan undang-undang baharu mengenai buli siber dengan meletakkan tanggungjawab kepada pemilik platform media sosial.
Menterinya, Gobind Singh Deo menegaskan, undang-undang ini penting untuk mencegah penyalahgunaan dan mengambil tindakan segera jika berlaku kes buli siber.
Tambah beliau, pengenalan akta baharu itu juga menunjukkan kerajaan serius dalam hal mencari jalan penyelesaian untuk masalah tersebut.
-----
Polis Diraja Malaysia (PDRM) memerlukan undang-undang yang lebih terperinci bagi membendung masalah buli siber secara berkesan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, ketika ini polis terpaksa gunakan peruntukan undang-undang yang berbeza seperti Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dalam menangani kes berkaitan.
Tambah beliau, Bukit Aman telah mengadakan pertemuan dengan Kementerian Komunikasi bagi membincangkan keperluan undang-undang khusus mengenai buli siber.
-----
Peraturan dan perintah larangan berkaitan penjualan produk rokok elektronik atau vape termasuk melalui mesin layan diri dijangka dilaksanakan dalam masa terdekat.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, Jabatan Peguam Negara kini sedang di peringkat akhir penelitian berhubung perkara berkenaan.
Pihak Kementerian Kesihatan (KKM) dalam satu kenyataan semalam memandang serius aduan berkaitan penjualan rokok elektronik atau vape menerusi mesin layan diri yang tular di Aplikasi X, baru-baru ini.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca