← Back to list
Kes bunuh diri: MCMC ambil tindakan!
Jul 09, 2024
Kerajaan kini sedang mengkaji isu buli siber berikutan kes bunuh diri seorang pempengaruh media sosial baru-baru ini.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata pihaknya sedang mempertimbangkan cara untuk menghentikan pembuli dalam talian.
Tambah beliau, MCMC telah memanggil beberapa pemilik akaun media sosial palsu untuk tindakan selanjutnya atas pelbagai isu semasa.
__
Dalam perkembangan berkaitan, talian HEAL 15555 terima lebih 48,000 panggilan berkaitan tingkah laku cubaan bunuh diri bagi tempoh 2022 hingga Jun tahun ini.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata terdapat peningkatan kes bunuh diri dilaporkan pada tahun lalu iaitu hampir 1,100 kes berbanding lebih 900 kes pada tahun sebelumnya.
__
Sementara itu, 9 individu termasuk ahli keluarga pempengaruh media sosial, Esha diambil keterangan berhubung kes buli siber terhadapnya bagi bantu siasatan.
Sebelum ini, seorang wanita ditahan selepas dilapor membuat hantaran ugutan kepada mangsa.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca