← Back to list
Pengendali Makanan Disyaki Punca Penularan Demam Kepialu
Jul 05, 2024
3 pengendali makanan disyaki jadi punca kes penularan demam kepialu yang berlaku di sebuah sekolah menengah Kota Bharu.
Menurut Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, semua pengendali makanan itu diberi rawatan dan tidak dibenarkan mengendalikan makanan sehingga dimaklumkan kelak.
Setakat ini, 6 murid sekolah terbabit jatuh sakit akibat deman kepialu dengan gejala demam, sakit perut, muntah, cirit-birit dan kurang selera makan.
---
Kementerian Pengangkutan sedang memperincikan beberapa peraturan berhubung cadangan pengeluaran kad akreditasi untuk pemandu bas.
Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia sebelum ini memaklumkan, kad itu dapat bantu mengekang amalan buruk membabitkan pemandu bas yang tidak bertanggungjawab.
Buat masa ini, kad akreditasi itu hanya dikeluarkan kepada pemandu e-hailing dan teksi.
---
Kebocoran tangki lama mengandungi bahan kimia dipercayai punca hampir 40 mangsa alami pening dan mual di KLIA semalam.
Bomba Selangor memaklumkan, syarikat yang terlibat sedang menampal kebocoran dan akan melupuskan tangki terbabit.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca