Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

← Back to list

Masih Ada Sembunyi Kes Buli

Jul 04, 2024


Tidak dinafikan masih ada sekolah yang menyembunyikan kes-kes buli dalam kalangan murid.  

Justeru Presiden NUTP, Encik Aminuddin Awang berharap pihak yang terlibat patuh dengan pendirian tegas Kementerian Pendidikan Maaysia (KPM). 

Beliau memaklumkan demikian sebagai reaksi selepas Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek tegaskan tidak akan ada lagi kes buli di sekolah yang disembunyikan dan KPM juga sudah tambah baik garis panduan berkaitan. 

Baru-baru ini viral video papar seorang murid perempuan dibuli 2 pelajar senior dikatakan 
berlaku di sebuah sekolah menengah di Kerian, Perak dan cemburu dikatakan puncanya. 

---

Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) terima 37,000 panggilan daripada mangsa penipuan dengan jumlah kerugian lebih RM200 juta setakat Mei lalu.  

Daripada jumlah itu, PDRM sudah buka hampir 10,700 kertas siasatan bagi kes penipuan.  

NSRC dengan kerjasama SKMM juga telah ambil tindakan tamat atau sekat lebih 240 nombor telefon yang digunakan ‘scammer’ atau terlibat aktiviti meragukan.

--- 

Timbalan Ketua Menteri Sabah minta mangsa banjir di negeri itu berhati-hati ketika membersihkan rumah bagi elak perkara tidak diingini berlaku.  

Datuk Shahelmey Yahya juga memberitahu, pihaknya sudah berbincang dengan PBT untuk kerja-kerja pembersihan pascabanjir.  

Terdahulu JKM memaklumkan semua mangsa banjir Sabah yang berlindung di PPS sudah dibenarkan pulang. 

--- 

Bantuan kemanusiaan dari Malaysia ke Gaza, Palestin kini akan guna Lintasan Jambatan Raja Hussein yang menghubungkan Tebing Barat dengan Jordan. 

Wisma Putra memaklumkan, ia susulan penutupan sempadan Rafah oleh tentera Israel sejak Mei lalu. 


Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!

Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Jumaat

7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm

Sabtu - Ahad

9:00am, 11:00am, 1:00pm

Cuaca