← Back to list
Mahkamah tolak permohonan Najib jalani tahanan di rumah
Jul 03, 2024
Datuk Seri Najib Tun Razak gagal mendapat kebenaran untuk menjalani baki hukuman tahanan di rumah.
Ini selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan bekas Perdana Menteri itu untuk dapatkan kebenaran mulakan semakan kehakiman bagi mencabar kewujudan Titah Adendum Yang di-Pertuan Agong ke-16.
Mahkamah memutuskan semua afidavit yang mendakwa kewujudan titah adendum berkenaan hanyalah khabar angin semata-mata.
__
Pemandu bas persiaran yang terlibat nahas di Jalan Genting Highlands, Sabtu lalu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Raub.
Untuk rekod, dua nyawa terkorban dalam nahas itu.
__
Pelakon kontroversi, Aliff Aziz dan Ruhainies didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan.
Namun tiada sebarang pengakuan dan tangguhan juga sudah dibuat serta dilepaskan dengan bon jaminan RM1,500 dan seorang penjamin.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca