← Back to list
Rasionalisasi subsidi petrol RON95 tidak dilaksana dalam masa terdekat
Jul 02, 2024
Rasionalisasi subsidi petrol RON95 tidak akan dilaksanakan dalam masa terdekat.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata setakat ini belum ada kertas dasar berhubung pelaksanaan itu.
Tambah beliau, kerajaan mahu mengkaji kesan rasionalisasi subsidi diesel terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.
.....
Bukit Aman akan lakukan siasatan berhubung penyebaran gambar kecederaan pada mayat kononnya milik allahyarham Zayn Rayyan.
Terdahulu, tular beberapa keping gambar didakwa keadaan mayat Zayn Rayyan ketika prosedur proses bedah siasat.
.....
Dalam perkembangan lain, PDRM tawar diskaun saman terpilih sebanyak 50 peratus bersempena Program Madani Rakyat 2024 Zon Timur bermula Jumaat ini.
.....
Sementara itu, 2 suspek ditahan untuk bantu siasatan dalam kejadian pecah rumah pemain Selangor FC, Ahmad Khuzaimi Piee bulan lepas.
.....
JPJ mungkin lanjutkan operasi bersepadu besar-besaran terhadap bas persiaran di seluruh negara yang sepatutnya berakhir hujung bulan ini ....
-----
Dan lebih 480 mangsa banjir ditempatkan di 4 Pusat Pemindahan Sementara di Putatan, Tuaran dan Penampang, Sabah.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca