← Back to list
Kerajaan terima permohonan pembayaran tunai pemanfaat SKDS 2.0 mulai Isnin
Jun 28, 2024
Permohonan pembayaran tunai daripada penerima manfaat Skim Kenderaan Diesel Bersubsidi 2.0, boleh dibuat mulai Isnin depan.
Kementerian Kewangan berkata ia terbuka hanya kepada pemilik kenderaan yang telah diluluskan permohonan, namun tidak mendapat kad khas.
Pihak berkelayakan boleh memohon untuk mendapat pembayaran tunai ini melalui portal Budi Madani.
__
Hari mengundi bagi PRK Dun Nenggiri ditetapkan pada 17 Ogos depan.
SPR berkata hari penamaan calon pula ditetapkan pada 3 Ogos nanti.
PRK Dun Nenggiri dilaksanakan selepas kerusi itu dikosongkan kerana penyadangnya dilucutkan keahlian parti Bersatu.
__
Tiga anggota Pasukan Udara Tentera Darat cedera selepas helikopter dinaiki mendarat cemas di Kem Mahkota Kluang awal pagi tadi.
TDM berkata satu Lembaga siasatan akan ditubuhkan untuk siasat punca kejadian dan orang ramai diminta tidak buat sebarang spekulasi.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca